Tuesday, September 8, 2009

Tentang Seni

Banyak persoalan seni yang boleh kita huraikan. Kalau seni nampak seolah-olah primitif sifatnya, apa ini membawa arti kesenian sedang mengalami zaman kejatuhannya?

Dan apakan seni mempunyai zaman kejatuhannya?

Mengapa kepala dan kaki dalam karya El Greco lebih besar dari saiz badan ?

Apakah betul kesenian tradisional tu penting?

Apakah yang disebut zaman Renaissance, macamana keadaannya?

Mengapa kanak-kanak tidak digalakkan dari mempelajari kesenian? Baik dia disuruh menempuhi jalan kehidupannya sebagai doktor, peguam ataupun seorang engineer

Apakan benar kesenian timur banyak mempengaruhi kesenian moden?

Kenapa seorang seniman itu hidup melarat? Kenapa seorang seniman itu jarang dihormati pada zamannya. Melainkan setelah dia meninggal?

Bukankah suatu yang ganji pada objek-objek yang dilakarkan oleh Picasso. Lukisannya sangat ganjil dan tidak mempunyai rupa

Pertanyaan-pertanya separti itu boleh kita kemukakan dan kita mengkajinya

Contengan Purba

Contengan pada dinding-dinding gua oleh manusia purba bukan semua dibuat semata-mata mempunyai unsur-unsur 'magis' (kepercayaan pada unsur-unsur ghaib)

Melalui gambar-gambar yang ditinggalkan. Ia juga ingin menceritakan sesuatu, mungkin sebuah pengalaman dan peristiwa yang telah dialami

Tapi kepada siapa? Kepada rakan-rakan? Agar cerita-cerita lisannya pada rakan-rakan dapat diperkuatkan lagi, dengar cara membuat catatan, untuk mudah diingati

Mungkin juga untuk anak-anaknya. Kalau ini benar. Sang ayah seorang yang amat didikasi yang sanggup mempergunakan alat-alat visual dan membantu penceritaan pada anak-anaknya

Nir Leka

Zaman Prasejarah merupakan rangkaian sejarah yang belum ada dalam catatan rasmi. Ia dikenali Zaman Nirleka

Nir = Tidak

Leka = Dokumen

Zaman Nirleka berakhir setelah sejarah mula ditulis. Dengan catatan-catatan yang telah mulai di buat (tulisan-tulisan) pada permukaan batu-batu, yang berupa piagam-piagam, mentera-mentera

Manusia dan Seni

Melalui seni manusia cuba meraih "the ultimate reality". Manusia ingin mencari jawapan terhadap teka-teki kehidupan

Manusia ingin berkomunikasi. Dan segala usaha ke arah itu terhalang pada dinding-dinding
kehidupan. Setiap manusia tertutup dalam dirinya. Dan demikianlah mengapa manusia melakukan protes jiwa. Kerana ingin memusnahkan dinding-dinding yang memisahkan antara manusia dengan manusia

Tidak mungkin tanpa protes. Orang lain akan memerhatikannya. Latarbelakang inilah mempengaruhi kesenian moden

Monday, September 7, 2009

Misteri Kenyataan

Di dinding bangunan UNESCO (paris) terdapat lukisan tembok (mural) karya Picasso

Lukisan 'Icarus'. seorang pemuda dari 'Crete' (sebuah pulau di Greek) yang gagah berani, ingin menuju ke matahari. Tetapi kerana terlalu dekat dengan matahari,maka sayap-sayapnya cair meleleh dan ia jatuh ke dasar lautan

Sebagai peringatan kepada manusia moden, supaya jangan terlalu percaya kepada teknologi. Melainkan tetap hormat terhadap misteri kenyataan yang menakjubkan